Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya sedang solat jamak qasar zohor dan asar, kemudian datang makmum masbuq menyertai solat saya, jadi persoalannya, sekiranya dia solat penuh 4 rakaat tanpa jamak. macamana rakaatnya?
dan kalau dia pun jamak juga macamana tu caranya.
dan kita sebagai imam tu macamana tu kalau kita dah habis solat jamak qasar pertama tapi makmum tamam tu masih dalam rakaat ke 2/3 kira belum habis solat lah. terus bangun untuk sambung solat jamak seterusnya ke tunggu sebentar untuk doa2 kejap ke?
kebanyakan soalan saya jumpa imam tamam makmum jamak.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, sebagai imam yang solat jamak qasar, tuan menunaikan solat mengikut niat tuan. Makmum masbuq yang berniat tamam perlu menyempurnakan solatnya 4 rakaat setelah tuan memberi salam, manakala makmum yang berniat jamak qasar akan mengikut tuan sepenuhnya. Tuan boleh terus memulakan solat jamak seterusnya atau menunggu sebentar untuk berzikir/berdoa, namun tidak ada kewajipan untuk menunggu makmum tamam selesai solatnya.
Sekian, terima kasih.