Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Ada satu hari tu saya berasa sakit perut dan tak tahan untuk membuang air besar, dalam perjalan mencari tandas, saya meraskan seperti ada najis yg terkeluar sedikit tetapi saya tidak pasti sama ada sudah terkena seluar dalam saya ataupun tidak oleh kerana saya sedang memandu,
Apabila sampai di tandas, saya cuba periksa seluar dalam saya seperti ada kesan basah sedikit dikhuatiri najis, jika benar ianya najis, saya tidak pasti sama ada najis tersebut telah tembus dan terkena pada bahagian mana di seluar panjang saya, jadi saya tidak mencucinya.
Saya pun memakai seluar itu lalu masuk dan duduk di kereta,
Soalan saya, jika benar kesan cairan di seluar dalam itu adalah najis, sekiranya tembus pada seluar panjang saya, 1) adakah tempat duduk kereta saya turut menjadi tempat yg bernajis?
2) adakah jika seluar saya itu basah, ia akan memindahkan najis ke tempat2 yg saya duduk selepas itu?
mohon pencerahan ustaz2 kerana saya tidak tenang memikirkan hukum situasi saya di dan mengkhuatiri saya telah memindahkan najis ke semua tempat yang saya duduk
terima kasih
Jawapan
Di dalam hal ini cukup mengambil hukum zahir berdasarkan apa yang berlaku. Jika tiada bau, warna, dan rasa bagi najis seperti ain najasah (fizikal najis) dan basahan, maka tidak perlu dicuci atau pun dibersihkan. Kaedah mengatakan:
Maksudnya: Kita menentukan hukum berdasarkan perkara-perkara yang nyata zahir sedangkan Allahlah yang menguasai perkara-perkara yang rahsia.
Selain itu, jika sekadar andaian atau sangkaan, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan.
Merujuk soalan yang diajukan tuan:
Jika basahan pada seluar itu diyakini berpunca daripada ain najis, maka tempat duduk yang bersentuhan dengan seluar tersebut juga dihukumkan bernajis, dengan syarat benar-benar yakin bahawa najis itu telah berpindah ke tempat duduk. Namun, jika diyakini tiada perpindahan ain najis berlaku, maka tempat duduk tersebut kekal dihukumkan suci.
Sekian, terima kasih.