Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt,
Bagi mereka yang masih belum selesai melunaskan qadha solat fardhu yang ditinggalkan sepanjang kehidupan, adakah haram bagi mereka melaksanakan solat sunat tahajud, taubat dan hajat?
Terima kasih.
Jawapan
Berkenaan melaksanakan solat sunat dalam keadaan masih ada qada' solat fardu, terdapat perincian berkenaan dengannya. Jika solat fardu yang ditinggalkan dahulu atas sebab keuzuran, solat sunat yang dilakukan adalah sah dan tidak berdosa. Tetapi tetap disunatkan untuk menyegerakan qada' solat fardu.
Jika solat fardu yang ditinggalkan dahulu dengan sengaja tanpa sebab keuzuran, maka solat sunat yang dilakukan adalah sah namun berdosa kerana melewatkan qada' solat fardu. Menjadi kewajipan untuk menyegerakan qada' solat fardu.
Untuk ketahui lebih lanjut hal ini, sila layari https://www.muftiselangor.gov.my/2024/05/20/55-taudhih-al-hukmi-hukum-mendahulukan-solat-sunat-dari-qada-solat-fardu/
Sekian, terima kasih.