BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum, pd tahun lepas (2025), saya waswas teruk semasa bulan ramadhan hingga saya fikir saya batal hampir semua hari. jadi, supaya saya tenang sikit.. saya cuba ganti semua hari sy rasa batal tu (30+ termasuk tahun sebelumnya), tapi tak sempat dan saya berbaki lagi 20+ hari.. harini, saya nak bayar fidyah tpi saya nampak niatnya "yang WAJIB atasku", macam mana kalau ade hari puasa yang saya ingin bayar fidyah ni sebenarnya tak wajib pon utk saya bayar & ganti? & mcm mana kalau ade hari yg mmg wajib (mmg tk sah).. kalau saya bayar juga kesemua hari itu dan niat yang WAJIB tadi walaupun kemungkinan kebanyakn hanya waswas, adakah bayaran fidyah saya tk sah dan saya perlu bayar lagi? tapi mmg saya dh tnk fikir apa yg jadi sms hari ii puasa yg sy fikir batal tu.. saya cuma terus nak bayar fidyah & ganti... apa patut saya buat? sbb esok dh start ramadhan, saya bayar & niat sebegitu sahaja..... adakah apa sy buat ini salah & perlu bayar lagi? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, syariat Islam ini dibina atas keyakinan dan segala keraguan tidak akan dikira. Justeru, dalam masalah yang puan alami menunjukkan bahawa ragu-ragu atau syak tidak boleh dijadikan sandaran hukum. Ini dikukuhkan dengan firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 36:

إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Maksudnya: Sesungguhnya zhan (sangkaan) tidak dapat menandingi/ mengatasi kebenaran walau sedikit pun.

Kesimpulannya, berhubung niat membayar fidyah dengan lafaz "yang wajib atasku", sekiranya selepas itu didapati sebahagian hari yang dibayar sebenarnya tidak wajib fidyah, hal tersebut tidak menjejaskan kesahan bayaran bagi hari-hari yang benar-benar wajib. Bayaran yang melebihi kadar kewajipan boleh dianggap sebagai sedekah sunat dan tidak mewajibkan pembayaran semula.

Selain itu, puan tidak perlu melayan waswas atau mengulang-ulang semakan terhadap puasa yang lalu. Cukup dengan menentukan hari yang benar-benar diyakini wajib diqada' dan dibayar fidyah jika memenuhi syaratnya. Jika tidak ada keyakinan bahawa puasa tersebut batal, maka hukum asalnya ialah puasa itu sah dan tiada kewajipan qada' atau fidyah. Sikap mengabaikan waswas dan berpegang kepada hukum asal merupakan jalan yang dianjurkan oleh syarak bagi mengelakkan kesukaran dan gangguan waswas yang berterusan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 29

message user image