BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum... Pada bulan Mei 2026 hari itu, saya ada jumpa satu berus yang di syaki seperti bulu babi dalam rumah. Saya ada cuba uji berus tersebut dengan ujian bakar dalam rumah. Saya ada cuba bakar sehelai rambut saya dulu untuk test bau dan picit. Kemudian saya cuba dekat berus itu pula. Saya picit bahagian bakar itu menggunakan plastik untuk elakkan daripada bersentuhan dengan berus itu, dan untuk elakkan debu bakar itu jatuh ke lantai. Terdapat sedikit kesan hitam dekat bahagian atas tangan saya, namun saya tidak pasti kalau itu dari rambut, atau dari berus itu, kerana saya sudah cuba untuk lapis guna plastik kecil. Lalu saya hanya basuh tangan saya menggunakan air sahaja kerana kesan hitam itu ibarat debu kering. Saya juga memegang pemegang berus kayu menggunakan tangan sahaja. Selepas ujian bakar itu, saya yakin yang itu adalah berus babi. 

 

1)Persoalannya, adakah tangan saya dikira najis? Adakah saya perlu sertu? Sekiranya(contoh saja), debu hitam itu adalah bekas bakar bulu babi itu, adakah tangan saya dikira najis, especially selepas saya hanya basuh guna air seperti mencuci tangan?(Namun saya cuba yakinkan diri saya bahawa kesan debu hitam itu bukan bulu babi kerana saya lapis tangan guna plastik kecil).

 

2)Adakah tangan saya dikira najis? Kerana selepas saya picit debu itu guna plastik, saya cuba untuk adjust plastik itu supaya debu bakar itu tidak terjatuh.

 

3)Adakah saya perlu sertu lantai juga? Saya tidak pasti sekiranya ada debu jatuh terkena lantai. 

 

4) Adakah meja saya dikira najis dan perlu di sertu? Kerana saya pernah nampak berus itu atas meja saya. Namun dalam keadaan kering. Orang yang guna berus itu hanya guna berus tersebut untuk buang debu rumah. Jadi adakah rumah saya perlu disertu? 

5) Mengenai berus bulu babi, tidak mengapakah sekiranya saya buang berus itu begitu sahaja di dalam tong sampah? Tong sampah itu ada plastik. Saya tadi tidak berfikir panjang selepas confirm yg itu berus babi. Jadi saya buang terus dalam tong sampah rumah begitu sahaja tanpa melapis bulu tersebut. 

 

 

Mohon pencerahan. Maklumat/info tambahan juga boleh tambah :D. Terima kasih :'). Maaf sebab panjang sangat...

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, pada asalnya puan tidak dituntut untuk mengesyaki status sesuatu berus sama ada diperbuat daripada bulu babi atau sebaliknya, melainkan terdapat bukti yang jelas bahawa berus tersebut memang diperbuat daripada bulu babi seperti dinyatakan pada label produk atau dimaklumkan oleh pengeluar.

Tambahan pula, ujian membakar bulu tidak memadai untuk dijadikan bukti bagi mengesahkan bahawa sesuatu berus diperbuat daripada bulu babi. Oleh itu, tidak wajar dihukum bahawa tangan puan telah terkena najis hanya kerana tidak dapat dipastikan asal-usul debu hitam tersebut. Bahkan, kaedah ujian bakar itu sendiri bukanlah kaedah yang berautoriti untuk menentukan status atau kandungan sesuatu bahan. Justeru, tangan, lantai, meja dan seluruh rumah puan tidak perlu disertu kerana pada asalnya berus tersebut hanya berada pada tahap syak sedangkan hukum asal sesuatu adalah suci sehingga terbukti sebaliknya.

Malah, berus tersebut juga boleh digunakan seperti biasa kerana hukumnya adalah suci selagi tidak terbukti dengan yakin bahawa ia diperbuat daripada bulu babi. Oleh itu, puan juga tidak perlu bimbang tentang plastik tong sampah atau apa-apa barang lain yang bersentuhan dengannya kerana semuanya kekal dihukum suci.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 33

message user image