BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya, kita adalah muslim yang berpegang kepada ahlil sunnah waljama'ah dan mengikut imam syafie. Adakah sah ruju' tanpa lafaz yang jelas, tetapi hanya dengan jima' semasa dalam tempoh idah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tidak sah rujuk melalui perbuatan (jima’), sesungguhnya sah rujuk hanya dengan perkataan bagi orang yang boleh bertutur, jika dia bukan bisu dan bukan kelu lidahnya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah iaitu nikah, talak dan rujuk”. (Riwayat Abu Daud ) Hadis di atas menunjukkan bahawa, tiga perkara yang dilakukan secara serius atau gurauan akan menjadi sah jika dilafazkan iaitu, nikah, cerai dan rujuk. Ini bermakna, suami mesti melafazkan perkataan rujuk sama ada secara terangan atau kiasan bagi mengesahkan rujuk tersebut sah. Bukan melalui perbuatan (jima’) sahaja. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 82

message user image