BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya sering rasa ada air atau air dan campuran makanan naik di tekak secara tidak sengaja atau ketika sendawa, cuma tidak masuk dalam kawasan mulut (yang ada gigi begitu) cuma naik di bahagian tekak. Adakah tetap saya perlu berkumur- kumur seperti mendongak kepala atau kawasan itu dimaafkan? Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, jika yakin bahawa air atau campuran makanan tersebut hanya naik hingga ke bahagian tekak dan tidak sampai ke kawasan mulut, keadaan tersebut tidak dianggap sebagai menelan muntah dengan sengaja serta tidak membatalkan solat. Oleh itu, kawasan berkenaan dimaafkan kerana berlaku di luar kendali dan tidak perlu dibersihkan dengan cara berkumur-kumur atau mendongakkan kepala. 

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 29

message user image