BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Asslamualaikum Mufti,

1. Saya ada mendengar seorang ustaz mengatakan bahawa orang yang menghidap masalah kencing tidak lawas terbahagi kepada dua jenis:

Kencing tidak lawas secara berterusan (tidak berhenti langsung).

Kencing tidak lawas yang boleh berhenti, contohnya berhenti menitis selepas satu jam. Dalam keadaan saya, ia berhenti selepas kira-kira 40 - 50 minit.

Bagi orang yang berada dalam kategori kedua, bagaimana cara dia menunaikan solat fardu? Adakah dia perlu menunggu sehingga titisan itu benar-benar berhenti, atau bolehkah dia menganggap seperti orang dalam kategori pertama, iaitu meletakkan kapas, mengambil wuduk, dan terus menunaikan solat?

Macam mana kalau solat berjemaah ? Perlu lepas kencing letak kapas dan pergi solat berjemaah atau kena berhenti sampai titisan tu berhenti lalu baru solat walaupun terlepas solat jemaah ? Kalau waktu fardu itu singkat, boleh dia ambil rukhsah seperti solat macam orang jenis pertama letak tisu semasa solat? Dan bolehkah orang dalam keadaan seperti ini menjadi imam?

2. Saya kalau nak pergi ke tempat lainnegara atau negeri bolehkah saya solat di kereta api atau di kapal terbang apakah Cara yang solat  tepat di kapal terbanh dan kereta api bole mufti tunjuk demo dan cara-caranh yang lengkap dan sah ? Dan adakah saya perlu qada balik solat itu selepas sampai di rumah ? Dan apakah syarat- syarat nya untuk solat itu sah

3. Bolehkah saya solat qasar atau jamak semasa dalam kapal terbang atau kereta api ? 

Terima kasih dato mufti


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

  1. Jika titisan kencing akan berhenti dan masih terdapat masa yang mencukupi untuk bersuci serta menunaikan solat dalam waktunya, tuan hendaklah menunggu sehingga titisan tersebut berhenti, walaupun terlepas solat berjemaah. Namun, jika tiada masa yang mencukupi untuk bersuci dan solat, tuan perlu mengambil hukum orang yang sentiasa berhadas pada waktu tersebut iaitu membersihkan kemaluan, memakai kapas atau tisu, berwuduk selepas masuk waktu dan segera menunaikan solat. Tuan juga boleh menunaikan solat berjemaah dan menjadi imam setelah menyempurnakan tatacara tersebut. 

  2. Solat di dalam kereta api atau kapal terbang adalah sah jika cukup syarat sah dan rukun solat. Adapun solat yang tidak cukup rukun dan syarat boleh perlu diqada'. 

  3. Solat jamak dan qasar boleh dilakukan di dalam kereta api atau kapal terbang sekiranya perjalanan dan pelaksanaan solat tersebut memenuhi syarat-syarat jamak dan qasar serta syarat sah dan rukun solat.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 46

message user image