BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

 

Saya nak dapatkan pencerahan. Ada timbul dispute berkenaan tanggungan pengasuh/nursery.

Saya berkerja dan menanggung segala kos sara hidup saya, isteri dan anak2. Tanggungan semua yang wajib (tempat tinggal, makan, pakaian, kesihatan (luar daripada yang mana boleh claim oleh insurans syarikat), jalan2, utiliti, mainan, minyak kereta dan tol isteri ke pejabat, nursery anak, kadang2 belanja keluarga mertua, elaun tetap isteri dan sebagainya)

Pendapatan saya mencukupi untuk isteri tida bekerja. Tetapi dia ingin berkerja untuk kumpul pendapatab untuk dirinya. Dia menanggung hutang sendiri seperti asb, ptptn, rumah yang dibeli sendiri didiami oleh ibu bapanya.

Pertanyaan saya, tanggung jawab utk uruskan atau penjagaan anak adalah pada isteri. Sekiranya isteri pilih untuk bekerja utk personal komitmen nya, adakah isteri itu yang seharusnya mengatur atau menggantikan penjaggaan anak itu? Termasuk pembiayaannya.

Terima kasih

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan saudara, tanggungjawab menafkahi anak adalah tanggungjawab suami ini termasuklah makan minum, pakaian, perubatan, kesihatan, penjagaan serta pendidikan anak. Berkenaan urusan ini jika suami tidak berkemampuan bolehlah isteri membantu untuk bayar kos penjagaan anak jika isteri bekerja. Memandangkan anak itu adalah anak hasil perkongsian bersama. Suami isteri kena toleransi.

Manakala hutang peribadi isteri sebelum berkahwin adalah menjadi tanggungan dirinya untuk melunaskan sehingga selesai. Permintaan isteri untuk bekerja ada wajarnya atas sebab hutang tersebut. Adapun, jika suami sanggup untuk menanggung hutang-hutang isteri maka lunaskanlah. Dan isteri tidak perlu bersusah payah keluar bekerja mencari nafkah untuk menanggung hutangnya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 7

message user image