BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ust, baru2 ni suami saya dan saya ada bergaduh dengan seorang perempuan yang didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan kami. ketika itu, saya memaksa suami untuk membuat lafaz "kalau aku contact dengan dia, jatuh talak 1" cumanya boleh saya tahu maksud contact di sini termasuk call, mesej  "pesanan ringkas sms" dan mesej di sosial media seperti whatsapp, telegram, instagram, facebook dan lain-lain ke? dan ada kemungkinan ke yang call, video call dan imessage, dan berjumpa tidak termasuk dalam maksud contact tersebut ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, sekiranya suami melafazkan ayat seperti mana paksaan puan terhadap suami iaitu :  "kalau aku contact dengan dia, jatuh talak 1" maka lafaz ini adalah lafaz taklik cerai secara soreh (jelas). 

Maksudnya jika suami ada contact perempuan tersebut, maka jatuhlah talak 1 ke atas isteri. Istilah contact adalah apa-apa sahaja perbuatan, pelakuan, komunikasi secara lisan atau menggunakan semua medium telekomunikasi yang digunakan. 

Sebaik sahaja suami melafazkan taklik itu maka ia akan terikat sepanjang perkahwinan, tidak boleh ditarik balik dan tidak boleh dibatalkan sehinggalah suami sendiri melanggar taklik tersebut dan perlu disahkan di Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 8

message user image