BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah berkat rezeki yang kita peroleh andai kita bersubahat/bersekongkol dengan kawan sepejabat dalam melakukan perkara yang dilarang dalam syarikat? Contoh: Si A menolong si B untuk si B melarikan diri dari syarikat dengan si A membantu mengeluarkan notis singkat dan berpura-pura tidak tahu akan kehilangan si B. Apakah berkat gaji/rezeki yang diperoleh dari perbuatan si A. Mohon penjelasan dari ustaz/ustazah. Sekian


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, soal gaji yang diterima daripada syarikat tersebut adalah halal diterima. Adapun, berkenaan perbuatan subahat (antara si A dan si B) untuk meninggalkan pekerjaannya di syarikat tersebut sewajarnya dilakukan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat. Jika si B memang tidak lagi mahu bekerja di syarikat tersebut, maka mereka tidak perlu bersubahat untuk mengeluarkan notis singkat dan sebagainya, sebaiknya mengemukakan surat perletakan jawatan kepada pihak syarikat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 152

message user image