Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Ayah saya baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini dan saya dan sekeluarga sedang di dalam proses tuntutan dan pembahagian harta.
Terdapat beberapa persoalan yang saya ingin bertanya bagi memastikan kesahihan dan tindakan yang betul bagi saya dan sekeluarga.
Semasa proses pengeluaran KWSP terdapat surat hitam putih hibah yang telah dilakukan oleh arwah ayah saya dan Ibu saya ketika Arwah masih hidup.
Persoalan saya, adakah hibah tersebut terguna pakai dalam pembahagian harta arwah atau tetap perlu difaraidkan kepada semua waris yang berhak?
Mohon penjelasan keatas isu ini.
Sekian, terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan, hibah tersebut adalah sah kerana telah dibuat secara rasmi (hibah yang terlaksana dan sempurna ijab kabul) semasa arwah masih hidup. Jadi, hibah tersebut tidak perlu dimasukkan sebagai harta arwah yang perlu difaraidkan kepada waris yang berhak.
Sekian, terima kasih.