BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz

Nama saya shauqi

Kejadian saya berbunyi bergini

Saya telah melakukan kezaliman keatas isteri saya tanpa saya sedar ketika marah dengan melakukan cekik leher dia sekejap dan tersedar saya lepas kan leher dia saya istifar banyak kali

Tetapi isteri saya melarikan diri dari rumah dan meninggalkan dua anak lelaki dirumah dan saya kejar dia menaiki kenderaan bersama anak saya namun dia dapat meloloskan diri

Serta dia mengambil anak perempuan saya di sekolah agama tanpa memberitahu saya dan menyebabkan saya terasa dinafikan hak saya ketika itu

Dan dia balik ke rumah semula untuk dapat keizinan balik kampung bersama kakak beliau dan membawa anak saya tiga orang sekali.

saya mengizinkan dia balik kampung kerana dia berjanji untuk kembali semula bila dah tenang

Namun begitu pada hari berikutnya dia meminta di lepaskan (cerai) sedangkan dia sudah berjanji untuk balik semula ke rumah

------------------------

Soalan saya berbunyi bergini

Adakah saya melakukan kezaliman tanpa sengaja itu dah jatuh taklik??? 

Adakah isteri saya keluar rumah tanpa kebenaran itu dikira nusyuz??? 

Adakah isteri saya ambil anak saya tanpa kebenaran itu di benarkan disisi islam??? 

Adakah kakak dia boleh disabitkan kesalahan kerana ambil adik dia disini dan keluarga beliau masuk campur hal rumah tangga saya???

Adakah isteri saya boleh memohon taklik itu dilakukan kerana saya melanggar taklik tersebut kerana membuat kezaliman tanpa sengaja ketika marah??? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Perbuatan mencekik isteri merupakan suatu kesalahan walaupun dilakukan ketika marah dan walaupun tidak jatuh talak. Suami hendaklah bertaubat, memohon maaf dan memastikan perbuatan tersebut tidak berulang.

Tindakan isteri keluar dari rumah kerana bimbang akan keselamatan dirinya tidak dianggap sebagai nusyuz sekiranya mempunyai alasan yang sah menurut syarak seperti mengadu hal keluarga kepada pejabat agama. Berbincanglah secara berhemah agar hubungan kembali harmoni di samping tidak melakukan perbuatan yang membahayakan diri sendiri dan pasangan. Tidak dinafikan isteri memang mempunyai hak untuk membuat aduan dan mengesahkan adakah taklik telah berlaku atau tidak di mahkamah.

Disarankan suami isteri mencari ikhtiar yang lain sebelum membuat tuntutan cerai, seperti menjalani sesi khidmat nasihat di Unit Hal Ehwal Keluarga Islam di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 7

message user image