BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam saya ingin bertanya tentang lafaz taklik oleh suami saya. Pada ahad petang saya dan suami ada bergaduh di Whatsapp. Selepas pertengkaran di whatsapp suami saya tidak puas hati dia balik kerumah dan terjadi pergaduh panjang dia halau saya keluar rumah bagi masa 15 minit untuk saya keluar. Selepas saya kemas barang saya nak keluar dia menghalang pulak . Selepas itu dia datang dan provoke saya dan selepas itu dia melafaz taklik pertama "kau keluar aku lepaskan kau" lafaz kedua " esok kau nak pergi kerja kan? Kau keluar aku ceraikan kau" dan dia ulang lagi " kau keluar aku ceraikan kau" 


selepas beberapa ketika suami tenang dan saya minta maaf dan saya bertanya macam mana keadaan kita ni tadi awak dh lafaz taklik . Dia ckp "kalau awak memang taknak hidup dengan saya awak keluar la" tapi saya tak ada pun terniat untuk tidak mahu hidup dengan dia tapi saya bekerja dan perlu keluar rumah jugak anak sekolah . Macam mana ye dengan lafaz taklik tu? Adakah tetap jatuh kalau saya keluar walaupun dia cakap dia izin kan saya keluar dan pergi bekerja selepas taklik yang dia lafazkan tu ?

adakah taklik tersebut terpakai untuk selamanya ? Dan selamanya saya tidak boleh keluar rumah kalau xnak melanggar taklik tu ? Sebab dia cuma cakap " kau keluar aku ceraikan kau" takde malam ni or tempoh ayat dia umum bebila saya keluar talak jatuh ke ? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan dan situasi yang dikemukakan oleh pihak puan, lafaz suami yang telah dinyatakan sebagaimana berikut:

  1. "Kau keluar aku lepaskan kau";
  2. "Esok kau nak pergi kerja kan? Kau keluar aku ceraikan kau" dan diulangi lagi;
  3. "Kau keluar aku ceraikan kau", serta;
  4. "Kalau awak memang taknak hidup dengan saya awak keluar la".

Berdasarkan lafaz-lafaz taklik yang telah dilontarkan oleh suami kepada isteri sebagaimana yang dinyatakan di atas, sekiranya puan keluar rumah untuk bekerja mahupun perlu keluar atas urusan anak sekolah sekalipun, dan sekiranya suami berniat cerai, maka talak satu akan jatuh apabila syarat taklik itu berlaku walaupun puan tidak berniat untuk tidak mahu hidup dengan suami.

Walau bagaimanapun, memandangkan urusan pengesahan perceraian terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, disarankan agar pihak puan dan suami sendiri merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan serta mendapatkan pengesahan berhubung perkara tersebut dengan kadar segera, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 57, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 11

message user image