BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Tuan Mufti,

Saya sudah bersara bebrapa tahun dan mendapat pencen bulanan. Saya tidak tahu yang saya sepatutnya membayar zakat keatas pencen bulanan saya. Selama ini saya cuma bayar zakat simpanan. 
 

Soalan saya, bagaimana hukum zakat keatas duit pencen, saya tidak bekerja, hanya bergantung kepada duit pencen. Adakah saya wajib membayar zakat?
 

Dan apakah hukum zakat keatas pencen yang bertahun2 yang saya tidak bayar? Adakah saya dikira berhutang untuk pembayaran zakat dan perlu dilaksaksanakan? Kerana saya telah menggunakan pencen yang lepas untuk keperluan ahli keluarga saya. 

Terima kasih ketas penjelasan pihak Mufti. 


message user image

Jawapan  

وعليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan, duit pencen yang diperolehi setiap bulan itu dikategorikan sebagai hasil pendapatan dan diwajibkan zakat atas dasar zakat pendapatan (mal al-mustafad). Justeru, tuan perlu mengeluarkan zakat pendapatan hasil pencen tersebut sekiranya cukup nisab dan haul yang telah ditetapkan. Namun, bagi pesara yang tidak mempunyai pendapatan lain dan bergantung kepada wang pencen untuk menampung keperluan hidup, kewajipan zakat perlu dinilai dengan mengambil kira pendapatan bersih, had kifayah dan keadaan simpanan. 

Bagi zakat tahun-tahun terdahulu, kewajipan melunaskannya bergantung kepada sama ada syarat wajib zakat telah dipenuhi pada tempoh berkenaan. Jika pada tempoh tersebut telah memenuhi syarat kewajipan zakat, maka ia dikira sebagai hutang zakat yang perlu dilunaskan, sebaliknya jika tidak memenuhi syarat kewajipan zakat, maka ia tidak dianggap sebagai hutang zakat. Maklumat lanjut kiraan bayaran zakat secara terperinci boleh dirujuk kepada laman sesawang Lembaga Zakat Selangor (LZS) berikut: https://tunaizakat.my/bayarzakat/ 

  والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 38

message user image