Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum...
Saya adalah salah seorang penerima pampasan (VSS) daripada syarikat anggaran RM 200 000.
Adakah saya perlu mengeluarkan zakat atas wang pampasan ini?
Mohon pencerahan pihak tuan.
Terima kasih.
Jawapan
Pampasan Voluntary Separation Scheme (VSS) ialah bayaran yang diterima oleh pekerja yang bersetuju untuk menamatkan perkhidmatan dengan syarikat secara sukarela. Wang pampasan yang diterima merupakan harta yang boleh dikenakan zakat apabila memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Oleh itu, bagi wang pampasan VSS berjumlah RM200,000, zakat hendaklah ditunaikan sekiranya wang tersebut memenuhi syarat wajib zakat, iaitu mencukupi nisab dan genap haul (tempoh satu tahun hijrah). Kadar zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5%. Walau bagaimanapun, pembayaran zakat boleh dilakukan lebih awal sebaik sahaja wang pampasan diterima tanpa perlu menunggu genap haul.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung hukum dan kaedah pengiraan zakat pampasan VSS, pihak tuan/puan disarankan untuk menghubungi Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi mendapatkan penjelasan lanjut berdasarkan ketetapan zakat yang berkuat kuasa.
Rujukan:
1. https://bayar-zakat.com/zakat/zakat-pampasan-vss-wajib-atau-tidak
2. https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/b?id=6442