Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Maaf saya ingin bertanya sedikit keraguan berkaitan puasa. saya berumur 27 tahun dan pernah tinggal puasa sejak umur 12 tahun ke atas sebab uzur dan biasanya selamat 7 hari saya tinggalkan setiap Ramadan. disebabkan keluarga saya lemah dalam agama saya tidak pernah ganti. selepas tahu hukum agama, saya pernah ganti beberapa kali puasa yang ditinggalkan. keraguan saya sekarang, bagaimana saya perlu ganti puasa yang pernah saya tinggalkan sebelumnya kerana saya tidak ingat berapa kali pernah tinggalkannya. Dan bagaimana dengan fidyah? berapa perlu saya qadha dan bayar fidyah? terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, saudrari boleh menganggarkan baki puasa yang belum diqada’ itu dan mengqada’ sehingga selesai. Berkenaan bayaran fidyah puasa adalah mengikut jumlah hari yang tidak sempat diganti puasanya, kemudian didarab dengan nilai secupak beras mengikut harga semasa. Contoh : 83 hari x RM1.80 = RM149.40 (Jumlah fidyah) Saudari juga boleh melayari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor di http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/kalkulator-fidyah/ untuk perkiraan lanjut atau boleh terus ke kaunter LZS yang berhampiran untuk keterangan lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.