BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

Saya hendak bertanya berkaitan sumber pendapatan bagi seorang remisier saham yang telah mendapatkan komisien hasil daripada transaksi klien yang membeli dan menjual saham yang tidak patuh syariah. Sekiranya pendapatan itu haram, berapa banyak pendapatan yang perlu saya asingkan untuk memastikan pendapatan saya halal dan bersih?

Terima kasih, semoga mendapat penjelasan daripada pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan, bekerja sebagai remisier saham (perantara jual beli dan memberi khidmat urus niaga) pada asalnya adalah harus. Namun, apabila perkhidmatan yang dibuat untuk urus niaga saham yang tidak patuh Syariah, maka komisien yang diperolehi juga merupakan hasil yang tidak halal. Ia tidak boleh digunakan untuk kegunaan peribadi dan perlu disalurkan kepada baitulmal Majlis Agama Islam Negeri sebagai langkah penyucian harta yang tidak patuh Syariah. 

Pendapatan yang diperoleh secara bercampur antara yang halal dan haram perlu diasingkan dengan mengetahui sumber hasil tersebut daripada transaksi yang patuh Syariah atau tidak melalui rekod transaksi yang dibuat. Hanya pendapatan yang terhasil daripada sumber patuh Syariah sahaja yang dianggap pendapatan yang halal, manakala sebaliknya, ia merupakan harta tidak patuh Syariah yang perlu disalurkan kepada baitulmal. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan pihak baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi urusan yang berkaitan wang tidak patuh syariah.

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 7

message user image