BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

Saya ingin bertanya....

Saya beli barang menggunakan voucher, kemudian saya claim company harga tanpa voucher. Contoh, harga barang tersebut RM250, tetapi saya mempunyai voucher RM 50. Jadi saya bayar RM200. Tetapi saya claim dgn company harga asal barang tersebut iaitu RM 250. Apakah hukum tersebut? Adakah dibolehkan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, setiap tuntutan yang dibuat daripada syarikat mestilah mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan. Ia melibatkan sikap amanah, kejujuran dan nilai integriti seorang pekerja kerana ia melibatkan memakan harta orang lain tanpa hak. Tuntutan yang dibuat mestilah selaras dengan perbelanjaan sebenar tanpa ada unsur penipuan. Jika membuat tuntutan palsu seperti membesar-besarkan jumlah tuntutan daripada nilai sebenar boleh membawa kepada perbuatan haram dan termasuk dalam perkara memakan harta secara batil. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah 

Namun begitu, jika syarikat telah maklum dan membenarkan tuntutan tersebut dibuat begitu, maka ia tidak menjadi kesalahan untuk berbuat demikian.  

 والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 7

message user image