BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalam. Saya telah membeli kad discount berharga Rm15 dan Rm20 dari beberapa pasaraya besar. Dengan adanya kad itu saya dapat membeli beberapa barangan secara potongan harga atau percuma, Apakah hukumnya saya membeli dan mengunakan kad itu untuk mendapatkan  potongan harga atau baranfan percuma secaravkiraan point pembelian. Terima kasin.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan, kad diskaun tersebut berfungsi sebagai bayaran untuk kemudahan dan keistimewaan sebagai ahli. Jadi, hukum membeli dan menggunakan kad diskaun berbayar adalah harus selagimana:

  1. Tiada unsur riba, judi (maysir) atau penipuan.
  2. Syarat-syarat penggunaannya jelas dan difahami.
  3. Diskaun/barangan percuma yang diberi adalah benar-benar wujud dan boleh digunakan seperti yang dijanjikan

 والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 8

message user image