BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

assalamualaikum ustaz,

saya ada 1 soalan untuk ditanyakan. bulan april lepas saya ada upah 1 kontraktor untuk buat kolam ikan di rumah saya. belum sempat siap dia dah tinggalkan semua kerja dan tidak datang lagi. saya call dan whatsapp tak berbalas dan tak dijawab. sy dah pergi alamat yg diberikan tetapi alamat itu alamat palsu. kontraktor tinggalkan barang2 kerja dirumah saya. sy nk tanya status barang2 tersebut. sy sudah menghantar mesej untuk dia datang menuntut barang2 miliknya tetapi sampai hari ni dia tak datang. bolehkah sy guna barang2 tersebut sebagai ganti kerugian saya ditipu. jumlah kerugian sy melebihi nilai barang yang ditinggalkan. kalau sy tak boleh guna, sy nak buang barang2 tersebut. terima kasih ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nisa', ayat 29:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta sesama kamu dengan jalan yang salah.

Ayat ini menjadi asas bahawa harta orang lain tidak boleh diambil atau dimanfaatkan tanpa hak yang diiktiraf oleh syarak. Walaupun ada kezaliman yang berlaku di antara pihak kontraktor dengan tuan, ini tidak bermaksud barang-barang miliknya automatik menjadi milik tuan sama ada memilikinya atau membuangnya.

Sebaiknya tuan membuat laporan polis berkaitan ini dan mengisytiharkan secara rasmi situasi yang berlaku. Ini bagi mengelakkan apa-apa tuntutan dari pihak Kontraktor yang boleh memanjangkan lagi isu yang berlaku dan merugikan pihak tuan. Di samping, tuan perlu membuat pernyataan bertulis kepada Kontraktor bahawa barangan akan dilupuskan sekiranya tidak diambil pada sekian tarikh. Selepas tempoh itu, sekiranya tiada apa-apa tindakan dari pihak kontraktor, maka barangan itu boleh pindah milik atau dilupuskan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 5

message user image