BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum wrbt,

Saya ingin membuat pertanyaan mengenai Zakat Khultah melalui Mustaghalah yang ditawarkan oleh Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Adakah perkara ini iaitu menolakkan zakat oleh ASB halal atau tidak?

Selama ini, saya mengirakan zakat saya melalui proses biasa, iaitu menolakkan 2.5% dari jumlah wang secara total.

Walaupun pihak ASB mengatakan bahawa cara zakat khultah boleh dilakukan, saya belum membaca apa-apa fatwa / pandangan dari mana-mana lembaga zakat negeri.

Saya ingin minta pihak tuan menerangkan perkara ini terutamanya kepada saya dan kepada masyarakat am kerana ramai kawan saya pun ada was-was mengenai perkara ini.

Sehubungan dengan perkara di atas, diharapkan pihak tuan / puan rujuk pautan berikut: https://www.asnbacademy.com.my/posts/bayar-zakat-asb-kaedah-al-mustaghallat

Saya berharap bahawa pihak tuan / puan dapat mengambil perhatian mengenai perkara ini. Sekian, terima kasih.

Wassalam, Rehanah


message user image

Jawapan  

وعليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan, Pengurusan Syariah PNB telah membentangkan kertas kerja bertajuk Kaedah Penilaian Zakat Dana Unit Amanah Saham ASNB: Kaedah zakat al-mustaghallat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali pertama tahun 2026 pada 13 Januari 2026. Oleh itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh PNB sebagaimana pautan puan adalah konsisten dengan fakta yang diberikan. 

Dalam konteks ASNB, pengenalan bayaran zakat menggunakan kaedah al-mustaghallat bermakna kiraan zakat untuk unit amanah harga tetap hanya dikenakan terhadap dividen (agihan pendapatan), bonus dan bonus khas (jika ada) yang diterima pada kadar 2.57% berbanding sebelum ini yang mana pengiraan dibuat berdasarkan baki akhir pelaburan. Jadi, penolakkan zakat oleh ASNB adalah halal kerana tindakan ini dilihat memudahkan pelabur untuk menunaikan tanggungjawab membayar zakat. Puan tidak perlu merasa ragu untuk membenarkan ASNB membuat bayaran zakat al-mustaghallat secara khultah bagi pihak pelabur yang beragama Islam.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 42

message user image