BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamulaikum

Kelab Golf mendapat lesen aktiviti judi dari kerajaan. Kelab Golf menyewa sebahagian dari bangunan kelab dan lesen judi kepada syarikat lain atau pun kelab golf sendiri menjalankan aktiviti judi.

Dari sudut Islam, adakah dibenarkan menjadi ahli kelab golf walaupun ahli kelab tidak terlibat dengan aktiviti judi di kelab Golf ini.

Ahli kelab hannya melakukan aktiviti golf , makan, minum dan aktiviti lain yang tidak terlibat denagn aktiviti judi di kelab tersebut

Terima Kasih

  


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Dalam situasi yang ditanyakan, jika seseorang menjadi ahli kelab golf semata-mata untuk bermain golf dan menggunakan kemudahan yang halal, tidak berjudi, tidak membantu operasi judi, tidak mempromosikan judi dan tidak terlibat dengan pengurusan perjudian, maka pada asasnya keahliannya boleh dianggap harus.

Walau bagaimanapun, lebih baik dielakkan sekiranya struktur keahlian itu boleh menyebabkan seseorang secara langsung membiayai, menyokong atau menjadi sebahagian daripada operasi perjudian, khususnya jika wang keahlian memang diperuntukkan untuk aktiviti judi.

Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu saling membantu dalam perkara kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu saling membantu dalam perkara dosa dan permusuhan.

والله أعلم بالصواب 

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 5

message user image