BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan. Saya ingin bertanya berkenaan Duolingo. Apakah hukum menggunakan Duolingo yang dilihat menyokong LGBTQ? Mohon pencerahan segera. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

والسلام عليکم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan tersebut Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: Dan hendaklah kalian saling tolong-menolong dalam hal kebajikan dan takwa, dan janganlah kalian bertolong-tolongan dalam hal dosa dan permusuhan.

Berdasarkan ayat ini, tolong-menolong dalam hal dosa adalah dilarang. Sementara Duolingo dengan secara jelas menyokong agenda inklusiviti melibatkan komuniti LGBTQ. Maka tuan dianjurkan untuk mencari alternatif lain agar tidak termasuk dalam larangan tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 4

message user image