BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Asslamualaikum,

Saya ada pertanyaan berkenaan fahaman liberal, boleh ustaz terangkan, adakah liberal dilarang dan yang dibenarkan dalam islam? Dan bolehkah ustaz berikan contoh atau penerangan yang mana dilarang dan yang mana dibenarkan dalam islam mengenai atau berkaitan liberal ini? 

Sekian, Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 pada 2006 memutuskan bahawa aliran pemikiran liberal yang mengandungi unsur penyelewengan akidah dan syariah adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

Manakala Fatwa rasmi Negeri Selangor berkaitan pemikiran liberalisme, bertajuk Fatwa Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama. Fatwa ini telah diwartakan pada 31 Julai 2014. Antara aspek yang diharamkan adalah:

A. Menganggap akal manusia mengatasi wahyu secara mutlak

B. Menolak hadis Rasulullah SAW sebagai sumber agama

C. Mendakwa semua agama sama benar dari sudut akidah

D. Menganggap hukum Allah boleh diketepikan sesuka hati

Namun, ada aspek liberal yang tidak bercanggah dengan Islam antaranya adalah:

A. Bebas bertanya dan berfikir

B. Memperjuangkan hak wanita dan keadilan

C. Menghormati penganut agama lain

D. Memberi pendapat dan menegur pihak berkuasa

Kesimpulannya, sebagaimana yang ditermaktub dalam fatwa Negeri Selangor jelas meletakkan fahaman ini sukar untuk diterima sekiranya digandingkan dengan agama Islam. Kebanyakannya sangat bertentangan dan ia wajib dielakkan.

والله أعلم بالصواب 

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 6

message user image