BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Hukum lelaki memakai cincin suasa.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, pemakaian cincin suasa bagi lelaki adalah haram dan tidak dibenarkan, kerana terdapat kandungan berunsurkan emas di dalamnya, sama ada emas putih, emas kuning atau emas merah. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 23 Ogos 1999 sebulat suara memutuskan bahawa hukum lelaki memakai emas putih adalah haram. Ini kerana emas putih terhasil daripada campuran 2 unsur logam iaitu emas kuning dan perak. Kadar unsur emas yang dicampurkan dengan perak adalah lebih tinggi daripada perak sehingga melebihi daripada 50% dan adakalanya mencecah sehingga 75%. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 478

message user image