BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum mufti

Saya ingin bertanyakan soalan, Apakah boleh saya menunaikan solat walaupun mulut saya berbau makanan atau minuman, apakah perkara begitu membatalkan solat saya 

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, bau mulut tidak membatalkan solat kerana tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan solat. Maka solat tuan adalah sah. 

Namun yang lebih baik adalah digalakkan untuk memberus gigi atau bersiwak setiap kali sebelum solat dan hikmahnya agar mulut lebih bersih. Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari berkata:

قَالَ ابْنُ دَقِيقِ الْعِيدِ: الْحِكْمَةُ فِي اسْتِحْبَابِ السِّوَاكِ عِنْدَ الْقِيَامِ إِلَى الصَّلَاةِ كَوْنُهَا حالا تقرب إِلَى اللَّهِ، فَاقْتَضَى أَنْ تَكُونَ حَالَ كَمَالٍ وَنَظَافَةٍ إِظْهَارًا لِشَرَفِ الْعِبَادَةِ

Maksudnya: Ibn Daqiq al-‘Aid berkata: Hikmah disunatkan bersiwak ketika hendak mendirikan solat adalah kerana solat merupakan suatu keadaan seseorang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Oleh itu, sewajarnya dia berada dalam keadaan yang sempurna dan bersih sebagai tanda memuliakan ibadah tersebut.”

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 23

message user image