Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya sendawa dan berasa air naik ke tekak kerana rasa perit dan masam. Tapi saya telah telan ia. Saya mahu berkumur kemudian tapi kemudian saya lupa dan ada makan jajan.
soalan saya ialah selepas makan jajan saya ada pegang suis, adakah suis dan sekala tempat saya pegang jadi mutannajis? Kerana jajan tu kecik, bila masukkan dalam mulut mesti ada terkena airliur sedikit dan selepas sendawa yang ada naik air tadi saya tidak berkumur.
saya waswas jika mulut saya jadi mutannajis dan tangan saya juga jadi mutannajis. Adakah semua suis/phone/laptop/remote tv saya pegang jadi mutannajis? Adakah saya perlu mencari cari najis itu? Tapi mustahil kerana najis hukmi tiada kesan. dan mustahil saya nak alirkan air pada laptop dan suis, nanti rosak. Bantu saya ustaz, apa saya harus lakukan? Adakah najis berleluasa? Saya basahkan air guna tissue dan lap je laptop dan suis guna 1 tissue per appliance. Adakah memadaai?
adakah saya kena basuh juga sofa saya meja saya kerana saya letak phone dan remote tv itu atasnya? Saya buntu. Tapi saya tak pasti najis itu di mana kerana lepas sudah habis makan baru saya sedar.... tapi saya tak buat apa apa dengan sofa dan meja saya
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, semua barang tersebut kekal dihukum suci kerana puan tidak yakin terdapat zat najis yang terkena padanya. Keraguan semata-mata tidak menjadikan tangan, telefon, komputer riba, suis, alat kawalan jauh, sofa atau meja bernajis.
Oleh itu, puan tidak perlu mencari kesan najis atau membasuh semua barang tersebut. Lap yang telah dilakukan juga memadai dan tidak perlu diulang. Abaikan keraguan tersebut agar tidak terus dibelenggu perasaan waswas.
Sekian, terima kasih.