Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
السلام عليكم
1-Saya menghadapi was was yang kronik iaitu gangguan ketika hendak memulakan dan semasa sedang melakukan ibadah wajib iaitu, contoh : gamgguan perasaan yang mendesak saya supaya niat memberhentikan solat walaupun pada hakikatnya saya tidak mahu, dan saya tahu ia adalah khawatir(lintasan was was syaitan) dan boelh kah saya beratkan sangka(zon) bahawa ia adalah lintasan yang mana ia tidak membatalkan solat dan saya teruskan sahaja solat walaupun bertubi2 dtg dlm fikiran , dan bagaimana pula kalau berat sangkaan saya itu SALAH , iaitu mana tahu/ kalau2 memang niat membatalkan solat itu betul2 berlaku (sedangkan saya dah beeat sangka ia tidak batal)? Adakah solat saya batal..dan adakh akan disiksa diakhirat kelak?
2- Ketika sedang berwuduk,contoh, saya sedang membasuh tangan hingga ke siku, saya dah basuh bersungguh seluruh kawasan tangan sbgmana yg telah saya belajar feqah,dan saya telah berat sangka (zon) bgaimana kalau datang fikiran" mana tahu kalau2 ada kawasan yg tak kena air yg kita tak perasan ? Adakah boleh kita guna kaedah fiqh : hukum ikut yang zahir, iaitu ikut zahir dah kena..yang:tak nampak dikira dimaafkan?atau tak jatuh hukum sebab kita telah berat sangka air dah kena semua kawasan?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan:
1. Merujuk kepada soalan yang diajukan, lintasan atau desakan dalam hati untuk menghentikan solat tidak membatalkan solat selagi tuan tidak benar-benar berniat dan membuat keputusan untuk membatalkannya. Teruskan solat dan abaikan segala keraguan yang timbul. Lintasan waswas yang tidak mampu dikawal adalah dimaafkan dan tidak berdosa.
2. Begitu juga ketika berwuduk, apabila tuan telah meratakan air pada anggota wuduk sebagaimana biasa, wuduk tersebut dihukumkan sah. Keraguan yang timbul selepas itu tidak perlu dilayan dan basuhan tidak perlu diulang. Hal ini berdasarkan kaedah:
Maksudnya: Keyakinan itu tidak dapat dihapuskan dengan perasaan syak (tidak pasti).
3. Memandangkan gangguan ini berlaku secara kronik, tuan hendaklah mengabaikannya dan tidak mengulangi ibadah yang telah dilakukan. Jika keadaan ini terus membebankan, disarankan dapatkan juga bantuan daripada pakar kesihatan mental.
Sekian, terima kasih.