BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, persoalan saya adalah...

  1. Adakah perempuan yang sedang haid dibolehkan untuk membaca Al-Quran? Walaupun di dalam hati? 
  2. Adakah perempuan yang lagi haid dibolehkan untuk menghafal Al-Quran tetapi tidak dibacakan dengan lisan, sekadar di hati untuk menghafal atau mendengarkan secara ulang bacaan Al-Quran bertujuan menghafal? 
  3. Adakah perempuan yg lagi haid boleh untuk mengulang hafazan yg telah dia hafal sebelumnya atau sebenarnya dibolehkan sahaja untuk menghafal ayat yg baru? 

Mohon penjelasan.. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan:

  1. Secara asasnya, wanita haid dilarang dan haram membaca al-Quran bagi menjaga dan memuliakan al-Quran. Namun, wanita haid dibenarkan membaca al-Quran di dalam hati tanpa melafazkannya dengan mulut. 

  2. Wanita haid dibolehkan untuk mendengar bacaan al-Quran dan membaca di dalam hati. 

  3. Bagi hafizah yang sedang haid, mengulang bacaannya adalah diharuskan. Namun, untuk menghafal ayat baru serta memegang ayat al-Quran adalah dilarang. 

  والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 23

message user image