BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: As salam, Mufti Selangor Saya ingin bertanya 1.Apa hukum makan biskut oreo? Biskut oreo ada lambang salib diatasnya 2.Saya dapat petikan yang mengatakan ia haram kerana seolah mempermainkan agama. Apa pandangan Mufti? (Mengenai oreo) 3. Saya pernah menyebarkan petikan itu kepada orang lain. Jika petikan itu salah, apa patut saya buat? Adakah dosa tidak terampun selagi saya tidak betulkan kenyataan itu kembali? Benda ini berlaku beberapa tahun lepas.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, makan biskut oreo hukumnya adalah harus. Semakan berkenaan status halalnya boleh dirujuk melalui aplikasi Verify Halal. Biskut tersebut mempunyai pengesahan halal daripada Majelis Ulama Indonesia (MUI). Ianya merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di negara Indonesia. Saudara boleh membuat semakan terlebih dahulu dengan merujuk kepada institusi yang berkaitan sebelum menyebarkan kepada orang lain. Boleh mohon maaf di atas kesilapan lalu dan membetulkannya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan”. (al-‘Ankabut : 7) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 185

message user image