BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya ingin pergi korea selama 7 hari.Sehari perjalanan pergi, sehari perjalanan balik dan 5 malam menetap di korea. Boleh ke untuk saya solat jamak qasar semasa di Korea dan semasa perjalanan pergi dan balik?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya puan berniat menetap di satu tempat di Korea selama empat hari atau lebih, tidak termasuk hari tiba dan hari pulang ke Malaysia, rukhsah jamak dan qasar atas sebab musafir telah terputus sebaik sahaja puan tiba di tempat yang dituju. Oleh itu, puan hendaklah menunaikan solat secara tamam dalam waktunya sepanjang menetap di situ.

Walau bagaimanapun, puan dibenarkan menunaikan solat jamak dan qasar semasa perjalanan pergi dan balik tertakluk kepada syarat-syaratnya. Bagi perjalanan pergi, rukhsah bermula setelah puan keluar dari sempadan kawasan tempat tinggal dan terputus apabila tiba di tempat yang diniatkan untuk bermukim di Korea. Bagi perjalanan pulang pula, rukhsah bermula setelah puan keluar dari sempadan kawasan tempat bermukim tersebut dan terputus apabila memasuki semula sempadan kawasan tempat tinggal.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 19

message user image