Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan, saya ada pertanyaan tentang solat jamak dan qasar. Saya tinggal di Tanjung Minyak dah berkerja di Ayer Keroh, ada kala saya kena keluar berkerja di Selangor dan Kuala Lumpur. Bila saya keluar dari Rumah untuk ke Selangor, saya akan singgah sekejap di pejabat saya untuk mengambil barang kerja, dah bila balik dari selangor pun saya ada singgah di pejabat untuk memulangkan barang sebelum balik ke rumah. Soalan saya, boleh kah bila saya singgah di pejabat dari balik dari Selangor untuk saya solat jamak qasar di pejabat? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, tuan dibenarkan solat jamak dan qasar sekiranya telah mencukupi syarat bagi jamak dan qasar antaranya;
Justeru, perjalanan yang tuan berikan, tuan dibenarkan mengambil rukhsah bagi menjamakkan dan mengqasarkan solat kerana Shah Alam masih lagi dikira luar kawasan pejabat tuan dan tidak dikira sebagai tempat mukim atau mastautin iaitu kawasan yang tuan menetap bagi orang yang bermusafir.
Sekian, terima kasih.