BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Adakah benar haiwan yang ingin dibeli untuk dijadikan aqiqah, tidak boleh tawar menawar harganya? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, hukum tawar-menawar harga haiwan yang hendak dibeli untuk tujuan aqiqah adalah harus. Hal ini berdasarkan pandangan dalam kitab Mausu‘ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah:

وَأَمَّا الْمُزَايَدَةُ أَوِ الْبَيْعُ بِالْمِزَادِ الْعَلَنِيِّ، وَهُوَ أَنْ يُنَادَى عَلَى السِّلْعَةِ، وَيَزِيدَ النَّاسُ فِيهَا بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ حَتَّى تَقِفَ عَلَى آخِرِ زَائِدٍ فِيهَا فَيَأْخُذَهَا، فَهُوَ بَيْعٌ صَحِيحٌ جَائِزٌ لَا ضَرَرَ فِيهِ

Terjemahan:

Adapun muzayadah atau jual beli secara lelong, iaitu apabila sesuatu barang diiklankan untuk dijual dan orang ramai saling menaikkan tawaran harga sehingga berhenti pada tawaran tertinggi, lalu barang itu diberikan kepada penawar tersebut, maka jual beli itu adalah sah dan harus serta tidak mengandungi kemudaratan.

Ia menjelaskan bahawa hukum musawamah (tawar-menawar harga) adalah harus selagi tidak melibatkan perkara yang dilarang oleh syarak. Oleh itu, pembeli dibenarkan menawar harga haiwan aqiqah tanpa sebarang larangan khusus.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 8

message user image