Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya nak bertanya, sebelum solat saya sudah bersihkan faraj dan di pakaian dalam juga tiada apa apa kesan discharge. Kemudian saya solat. Semasa solat, saya berasa seperti air di bahagian faraj tetapi tidak berhenti solat dan check kerana rasa mungkin hanya perasaan atau hanya air basuhan tadi sahaja. Saya berasa was was tetapi tidak check. Hanya selepas lebih kurang 1 jam solat saya check menggunakan kapas kerana saya rasa seperti ada discharge di faraj selepas solat. Saya dapatu ada discharge kuning.
1. adakah saya perlu mengulangi solat? Ada kemungkinan discharge tersebut semasa solat tetapi Saya tidak pasti.
2. adakah saya perlu check dengan kapas dulu dan bersihkan kemaluan setiap kali sebelum solat? Atau Adakah cukup saya berasa yakin suci?
3. adakah saya perlu check setiap kali berasa ada sesuatu yg keluar semasa solat? Saya selalu ada was was.
Terima kasih.
Jawapan
Berdasarkan situasi yang dinyatakan, puan mengalami masalah keputihan. Namun, tidak semua keputihan adalah najis. Oleh itu, keputihan yang membatalkan wudhuk dan solat adaIah wadi dan mazi. Ia hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum berwudhuk bagi memastikan solat yang didirikan adalah sah. Bagi menjawab persoalan yang diajukan:
1. Tidak perlu kerana puan telah membersihkan faraj dan memastikan tiada sebarang kesan atau discharge pada pakaian dalam yang dipakai. Adapun sekiranya discharge tersebut keluar ketika sedang solat, ia adalah dimaafkan. Ini kerana, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Keyakinan itu tidak dihilangkan disebabkan oleh syak (ragu-ragu).
2. Ya, puan perlu memastikan faraj benar-benar suci terlebih dahulu sebelum berwudhuk atau menunaikan solat kerana mengalami masalah keputihan yang kadang-kadang keluar, kadang-kadang tidak keluar.
3. Setiap kali merasa terdapat sesuatu keluar dari faraj semasa solat, puan perlu mengabaikannya sahaja sekiranya benar-benar telah memastikan faraj telah suci sebelum solat. Ini kerana waswas itu datangnya daripada syaitan. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 53:
Maksudnya: Sesungguhnya syaitan itu terhadap manusia adalah musuh yang nyata.
Sekian, terima kasih.