Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Perlukah mengqada'kan solat sekiranya solat ditinggalkan kerana istihadah, kerana pada waktu itu jahil tidak tahu berkenaan istihadah
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, wajib mengqada’kan solat fardhu yang telah ditinggalkan, setelah puan mengetahuinya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.