Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam, saya mahu tanya tentang makanan. Saya ada makan bubur segera dari company Vi Huong atau Thien Huong Food. Bekas makanan itu mempunyai logo halal dari Islamic Community of HCMC VN, tetapi bila saya buat research, saya dapat tahu logo mereka ditarik oleh JAKIM. Disebabkan ini, saya sangat was-was jika saya perlu sertu atau tidak.
1. Adakah saya perlu sertu mulut kerana telah makan, termasuk dengan barang yang telah di sentuh?
2. Saya tidak pasti makanan ini halal atau haram. Saya tak pasti ia mengandungi khinzir, sayuran, ataupun daging yang tidak disembelih betul-betul. Apakah hukum ini? Perlukah saya sertu walaupun tidak pasti?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan tersebut, maka jawapannya adalah seperti berikut:
Tidak perlu sertu mulut dan barang yang telah puan sentuh. Hal ini kerana puan tidak benar-benar pasti bahawa makanan tersebut adalah najis mughallazah daripada babi atau anjing dan keturunannya. Dalam Islam, hukum tidak terbina di atas syak sebagaimana kaedah fiqh berbunyi:
Maksudnya: Sesuatu hukum tidak dibina di atas keraguan atau syak.
Walau bagaimanapun, pada masa hadapan puan disarankan untuk menghindarkan diri daripada menggunakan produk berkenaan kerana pensijilan halal mereka telah ditarik balik dan mendapatkan produk yang mempunyai logo halal yang masih sah.
Sekian, terima kasih.