Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam,
Saya mahu tanya tentang telekung. Saya ada baca bahawa tidak menutup aurat di bawah telekung tidak sah solat. Saya keliru tentang beberapa perkara.
1. Adakah dimaksudkan tidak menutup aurat adalah perempuan itu tidak berbaju dibawah telekung ataupun ia termasuk baju lengan pendek dan sebagainya?
2. Jika kita perlu menutup aurat di bawah telekung ketika solat, bagaimana dengan tudung? Adalah cukup kita pakai tudung telekung serta inner/anak tudung, ataupun kita perlu pakai tudung biasa di bawah telekung selain anak tudung? Bagaimana jika rambut terkeluar dari anak tudung (tapi masih di dalam tudung telekung, tidak nampak di muka/hadapan).
Terima kasih menjawab, ya.
Jawapan
Antara syarat sah solat adalah menutup aurat. Mazhab Syafi'i menyebutkan bahawa aurat wanita di dalam solat adalah keseluruhan jasad wanita itu kecuali muka dan kedua tapak tangan zahir dan batin iaitu dari hujung jari hingga ke pergelangan tangan. Selain itu, solat wanita adalah sah selagi mana berpakaian yang tidak menampakkan warna kulitnya dari luar telekung. Oleh itu, telekung yang diguna perlulah dipilih daripada jenis kain yang tidak jarang agar ia menepati kaedah penutupan aurat yang bertepatan dengan syarak.
Berdasarkan soalan yang diajukan:
Namun begitu, memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna di dalam telekung adalah lebih baik bagi mengelakkan aurat tersingkap dan keluar daripada perbahasan mazhab. Antara inisiatif lain juga adalah memakai telekung 1 piece yang tidak jarang sehingga boleh menampakkan warna kulit dan hendaklah dipastikan telekung tersebut adalah longgar.
sekian, terima kasih.