BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Jika seorang ibu beragama Islam tetapi tidak mengikuti ajaran agama Islam. Adakah doa seseorang ibu tersebut terhadap anaknya contohnya seperti doa untuk berjaya dalam pelajaran, akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, sesungguhnya kita ketahui bahawa doa seorang ibu adalah dimakbulkan oleh Allah SWT. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda : ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ لاَ شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ Maksudnya : “Tiga doa yang mustajab yang tidak diragukan lagi iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa orang tua pada anaknya.” (Riwayat Ibnu Majah) Riwayat ini menyebutkan bahwa doa-doa yang baik ibu bapa kepada anaknya termasuk doa yang mustajab. Adapun, sebagai seorang anak yang soleh dan solehah, berbuat baiklah terhadap ibu dan mendoakan ibu agar sentiasa beramal dan patuh kepada ajaran Islam. Apa yang dilakukan oleh seorang ibu hanya Allah SWT sahajalah yang layak untuk menilai segala amal perbuatannya. Disamping itu, belajarlah dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 149

message user image