BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, rakan saya ada mengikuti kelas tarekat. Baru-baru ini mereka telah pergi umrah. Semasa perjalanan dari Madinah ke Mekah, guru mereka menyuruh sembahyang sunat musafir dan Solat Zohor seperti biasa (bukan jama'). Sampai di tengah perjalanan, bas mereka telah berhenti untuk rehat, makan & sembahyang asar. Tetapi salah seorang orang kuat guru tersebut tidak membenarkan rombongan sembahyang asar & berkata bahawa mereka telah solat sunat musafir tadi semasa zohor. Jika sembahyang nanti musafir mereka terbatal. Saya amat curiga dengan kenyataan mereka ini ustaz. Mohon penjelasan & pencerahan supaya saya dapat terangkan perkara ini betul @ tidak kepada rakan saya tersebut. Terima kasih ustaz


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidaklah batal musafir yang dilakukannya, disebabkan menunaikan solat asar. Ini kerana solat asar itu hukumnya wajib, dan wajib ditunaikan pada waktunya walau apa alasan sekalipun. Allah SWT berfirman: إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَٰبًا مَّوْقُوتًا Maksudnya : “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya”. (an-Nisa’ : 103) Jika sengaja tidak menunaikan solat asar hukumnya berdosa, dan wajib qada’. Tetapi, jika tidak menunaikan solat sunat musafir, tidak mengapa kerana hukumnya sunat. Antara ibadah yang wajib dan sunat, keutamaannya adalah yang wajib. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 155

message user image