BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya telah berniat untuk puasa qadha ramadan pada malam hari. tetapi pada esok harinya, saya tidak meneruskan puasa ganti saya kerana tidak bersahur. Adakah saya perlu juga menggantikan puasa ganti yang tidak diteruskan itu. Contohnya : puasa ganti ramadhan saya ialah 10 hari. Tetapi disebabkan saya tidak meneruskan puasa ganti, adakah jumlah bilangan puasa ganti saya menjadi 11 hari?. Terima kasih atas penjelasan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jumlah puasa ganti puan tidaklah bertambah menjadi 11 hari disebabkan situasi tersebut. Ia tetap wajib diganti sebanyak 10 hari. Sebagaimana firman Allah SWT : أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ Maksudnya “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain” (al-Baqarah : 184) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 97

message user image