BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Boleh tuan mufti terangkan jenis cairan yang keluar dari kemaluan wanita dan hukum-hukum yang berkaitan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, antara cairan yang keluar daripada kemaluan wanita adalah seperti berikut: i. Air Kencing : Hukumnya najis dan boleh membatalkan wuduk dan solat. ii. Haid dan Nifas : Hukumnya najis. membatalkan solat, puasa, tawaf. Dilarang memegang dan membaca al-Quran. Haram bagi suami menceraikan isteri semasa haid. iii. Istihadah : Najis. Tetapi, tetap wajib solat dan puasa. Diharuskan membaca al-Quran. iv. Mani : Hukumnya bukan najis, tetapi diwajibkan mandi untuk melakukan ibadah. v. Wadi dan Mazi : Hukumnya najis. Membatalkan wuduk dan solat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 74

message user image