Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalammualaikum, setiap kali saya lihat kaki saya, saya perasan kadang-kadang akan ada benda seperti daki dicelah antara sisi kuku dengan kulit. saya tak pasti itu apa. jadi, sah ke wudhu saya jika saya membiarkan saja? haruskah saya memeriksa bahagian tersebut setiap kali sebelum mengambil wudhu kerana tempat itu susah untuk diperiksa. saya ragu benda itu daki ataupun cat lantai kerana cat lantai kelas saya memang kadang-kadang melekat di pakaian tetapi tidak pasti boleh melekat di kulit atau tidak.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, semasa berwuduk, yang wajibnya meratakan air di kaki sehingga ke buku lali dengan yakin. Maka sahlah wuduknya. Sebagaimana firman Allah SWT : يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِ ۚ Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali” (al-Maidah : 6) Adapun, sunat hukumnya menyelati diantara celah-celah jari kaki termasuklah kuku. Sebaiknya, sentiasa memeriksa dan memotong kuku kaki yang panjang supaya tidak menimbulkan keraguan ketika berwuduk dan lebih mudah untuk meratakan air ke kawasan yang sukar seperti celah kuku. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.