Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ , saya ingin bertanya, saya ada terpegang sehelai bulu namun tidak pasti bulu kucing atau anjing. Tetapi kawasan sekitar memang ada anjing. Adakah saya perlu sertu ? Saya pegang dalam keadaan tangan kering dan bulu itu pun kering, bulu yang telah gugur.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, dalam situasi tersebut tidak perlu sertu kerana bulu dan tangan tersebut dalam keadaan kering. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.