BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum warahmatullah. Saya Omar mokhtar bin hamdan, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Saya Ada kemusykilan, terdapat sebahagian pihak yang melakukan kerja dakwah dan alhamdulillah ada warga bukan Islam yang anuti Agama fitrah ini. Namun persoalan disini, apabila mereka menyuruh muallaf ini bersyahadah, mereka akan menyuruh mereka menambahkan pada syahadah mereka "Aku bersaksi bahawasanya Isa adalah utusan Allah'. Adakah penambahan ini kepada syahadatayn utk golongan muallaf dianggap bidaah yang dholalah? Hal ini kerana yang disuruh oleh Agama hanya sekadar syahadatayn sahaja? Mohon pencerahan dari jabatan Mufti Selangor Darul Ehsan, moga Dato mufti dan warga jabatan dirahmati Allah taala senantiasa. Jazakumullah khayran kathiran.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar Ibni Khattab RA. berkata: “Aku telah mendengar bahawa Rasulullah SAW bersabda”; بُنِيَ ا ْلإِ سْلاَ مُ عَلَى خَمْسٍ شَهَا دَ ةِ اَ نْ لاَ اِ لَهَ اِ لاَّ ا لله وَ اَ نَ مُحَمَّدً ا رَّ سُو لُ ا للهِ، وَ اِ قَا مِ ا لصَّلاَ ةِ، وَ اِ يْتَاءِ ا لزَّ كَا ةِ، وَ حِجِّ ا لْبَيْتِ، وَ صَوْ مِ رَ مَضَا نَ. Maksudnya : “Islam dibangunkan di atas lima perkara iaitu mengucapkan syahadat tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad Rasulullah, serta mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah“. (Riwayat al-Bukhari) Berdasarkan kepada hadith di atas jelas bahawa lafaz kalimah syahadah tidak ada sebarang penambahan kalimah melainkan kesaksian bahawa : “Tiada tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah”. Berdasarkan kepada kes yang dikemukakan, wujud keraguan dan penyelewengan dalam menyampaikan dakwah berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, kepada warga bukan Islam, dikhuatiri golongan pendakwah tersebut adalah muballigh yang menjalankan kerja dakwah atau ajaran yang menyerupai agama Islam. Sehubungan itu, saudara boleh memanjangkan butiran lanjut dan maklumat tersebut ke Bahagian Penguatkuasa Agama, Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk dijalankan siasatan dan tindakan sewajarnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 159

message user image