Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamu'alaikum. Apakah hukumnya bila seseorang suka memasang kaset Al Quran sepanjang malam sewaktu tidur sedangkan dia sendiri tidur nyenyak tanpa menghayati atau pun mendengar bacaan dari kaset itu? Dan apakah hukumnya sekiranya dengan berbuat demikian ianya mengganggu tidur orang lain?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, memasang kaset al-Quran sewaktu tidur dengan harapan kita dapat mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran merupakan suatu amalan yang mulia dan ia lebih baik daripada memutarkan lagu-lagu yang mungkin boleh membawa kepada kelalaian. Bagaimanapun sekiranya perbuatan yang baik tersebut boleh mengganggu dan mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain, ia adalah ditegah. Memadailah memasang kaset ayat-ayat al-Quran tersebut untuk pendengaran diri sendiri sahaja. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.