Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Adakah perlu disolatkan bagi jenazah bayi yang baru lahir yang meninggal dunia. Tidak dapat dipastikan bayi tersebut ada menunjukkan tanda-tanda hidup selepas lahir seperti mengeluarkan bunyi, atau bergerak-gerak. Bayi tersebut adalah cukup sifat dan dianggarkan sudah cukup 9 bulan. Mohon penjelasan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, wajib disolatkan bagi jenazah bayi yang baru lahir yang cukup sifatnya semasa ia dilahirkan yang telah mencapai umur kandungan 9 bulan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.