BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan: Sy adalah abg ipar kpd adik beradik isteri sy dan adik ipar kpd kakak isteri sy. Apakah nahi mungkar boleh sy terapkan dlm kluarga adik beradik kluarga ipar sy ? Ada 3 perempuan 1 lelaki. 3 perempuan bersetuju hanya lelaki shj yg tidak setuju. Katanya sy org luar ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, secara asasnya setiap mukallaf wajib menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim sebagaimana firman Allah SWT : كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ ۗ وَلَوْ ءَامَنَ أَهْلُ ٱلْكِتَٰبِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ ٱلْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ ٱلْفَٰسِقُونَ Maksudnya : “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (Ali’imran : 110) Ayat tersebut menyatakan bahawa antara tanggungjawab sebagai umat Nabi SAW adalah sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara yang buruk dan keji. Pelaksanaan amar makruf nahi mungkar juga mestilah dilaksanakan dengan hikmah dan bukannya tanpa ilmu, kerana kesan daripada perbuatan yang dilaksanakan tanpa ilmu dan hikmah akan mengakibatkan masalah lain. Tidak perlu izin daripada sesiapa pun untuk menjalankan perintah Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 76

message user image