BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum w.b.t., mufti. Saya nak bertanya tentang nazar. Adakah sesuatu nazar itu sah jika bernazar untuk melakukan ibadah apabila tertinggal suatu ibadah wajib dengan sengaja? Contohnya bernazar untuk berpuasa satu hari sekiranya tertinggal satu waktu solat. Adakah nazar jenis ini dibenarkan? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, nazar yang dikaitkan dengan masa tertentu atau bilangan tertentu, mestilah terikat dengan masa atau bilangan tersebut. Oleh itu, jika bernazar untuk melakukan puasa tersebut secara berturut-turut maka mestilah dilakukan secara berturut-turut atau sebaliknya. Tidak berkait dengan ibadah lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 126

message user image