BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: assalammualaikum saya ingin mendapatkan pencerahan, mengenai bidaan. syarikat saya membeli no. plat kenderaan dan melakukan open bidaan kepada umum. pastinya sesuatu no. plat kenderaan akan menjadi rebutan kerana susunan nombornya yang unik dan menarik. maka persoalannya ialah adakah boleh proses bidaan ini dilakukan. juga ia menjadi sebahagian dari keuntungan syarikat. sekiranya tidak boleh mohon dinyatakan sebabnya mohon pencerahan terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum jual beli secara bidaan adalah diharuskan mengikut majoriti ulama termasuk mazhab Imam al-Syafie. Dalil keharusannya adalah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, yang bermaksud: “Rasulullah ﷺ pernah menjual alas pelana dan gelas (bagi pihak seorang sahabatnya yang susah), lalu beliau menawarkan: "Siapa yang akan membeli alas pelana dan gelas ini?" Seseorang berkata; Saya akan membelinya seharga satu dirham, Nabi ﷺ menawarkan lagi: "Siapa yang mau membelinya lebih dari satu dirham?" Lalu seorang laki-laki memberinya dua dirham, beliau pun menjual kepadanya.” (Riwayat al-Tirmizi) Namun, ia perlu dilaksanakan dengan penuh teliti bagi mengelakkan berlakunya unsur penipuan yang diharamkan dalam Islam. Di Malaysia, aktiviti ini boleh dianggap sebagai tipuan bida yang dilarang dan merupakan kesalahan di bawah Akta Persaingan 2010. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 183

message user image